Saturday, June 23, 2018

Selamat Hari Raya 

Tuesday, April 24, 2018

Amerika Ibu Datang 😍😍😍


1st time ibu berjaya ikut abah Izzul dan Emir kerja.. jauh ke San Francisco Amerikaa!!!


Excited juga ibu... perjalanan pergi dalam 12 jam lebih. Balik pula 15 jam.. adoii makan tido makan tido tak sampai sampai lagi... 6 jam pertama abah tido dulu.. abah dtg tido sebelah ibu.. minta couple seat... best... A350 business class yg ni seat boleh flat bad... ibu sepanjang perjalanan tido ja.. pening juga.. nasib baik anak anak tak ikut.. tak tahan 15 jam dalam kapal


Masa ni abah dah masuk kerja dah.. ibu selfie sorg2 :... 

Sampao hotel rehat mandi semua.. keluar pergi ambik kereta sewa.. kami booking kereta biasa ja.. pergi tempat ambik kereta dia ckp pilih mana mana kereta yg suka.. ramai org berebut laa.. ibu ajak abah ambik kereta besar.. abah ckp takut laa nak drive.. past tu takut extra charge plak.. jadi ambik laa kereta ni.. toyota camry... 1st time tgk camry baru ni.. xtahu laa ada ke tak lagi dekat KL

Abah cakap petua bawa kereta sebelah kiri.. selalu ingat right shoulder bila nak masuk simpang.. ibu sepanjang jalan dok right shoulder right shoulder... 

kami terus ke San Francisco outlet.. shopping bag coach yg kawan kawan pesan.. murah juga berbanding KL

Malamnya ibu tak dapat tido... laparrrr... tadi makan sikit jaa... sebab bizi shopping.. lama rasa nak pagi.. dah pagi terus ajak abah breakfast.. 

Ini jaa boleh makan... buah , omelet dan pastries... alhamdulillah kenyang utk seketika.. hehe... 


Tengok orang meja sebelah.. American style... breakfast 3 jenis air.. kopi, fresh orange, dan ice water.. semua meja sama.. mungkim budaya kot.. fresh orange dah laa gelas besar gila.. waitress asyik nak refill ja... huhu

Balik bilik tido.. baru lena tido perut kenyang... selepa itu shopping dekat Target pula.. 

Hasil shopping... hehe.. kalau boleh semua benda nak beli... 

Misi memcari nasi... huhu.. mmg perut melayu betul. Nak makan nasi juha

Boleh laaa... sebab kita kan biasa makan berkuah.. ini kering... alhamdulillah ada rezeki masuk perut.. 

Happy laa kejap dah dapat nasi kan... ish ish ish... sebab tu orang cakap gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati.. 

Selepas tu kami ke Apple Valley.. kawasan tu ada facebook.. huhu tapi keciwa mmg xada apa.. macam showroom apple ja.. abah izzul sampai sampi terus tido dlm kereta..cover jetlag.. time ni kat KL tgh malam dah sebab tu mengantuk...  

Ok ibu pon mengantuk. Sambung hari lain pula laa nak tulis blog.... hehehe 



Thursday, April 19, 2018

Saigon Ibu Datang 

Hehe.... alhamdulillah berjaya me time bersama kawan kawan.... ibu pergi shopping di Saigon bersama sama kawan2 di Bank Islam dahulu.. 


Ahli rombongan.. dari kiri saiidatul, kak yati , hasanah dan ibu... weee... kami naik Vietnam Airlines... 


Tq big boss sebab sponser hotel.. pilih bilik dua katil queen.. kami punya borak sampai subuh.. tido kejap lepas tu esok semangat sambung shopping... 

sampai dah lewat malam. Kami shopping dekat Malaysia Street.. mcm dekat malaysia sebab semua melayu... hehe

Ini shopping dekat Malaysia Street... sampai2 masing masing shopping xtgk kiri kanan..

Get ready nak melantor lagiii.... 


Mami Kalau shopping tak ingat anak laki.. hahaha pegang phone pon xsempat..

Shopping sampai habis duit... hahaha... nasib laa simpan kad kad xbawak.. kalau tak habis swap.. haha

Muka xtidur 24 jam.. ibu terpaksa balik awal dari kawan2... tiket dah beli lama tapi last minit office minta abah izzul cancel cuti... jadi abah cancel cuti 3 hari dan sebagai ganjaran Abah request fligt long stay San Francisco... jadi abah nak ibu ikut abah sebab 6 hari tuu... 

Anak anak dekat kedah.. jadi ibu abah ambik peluang honeymoon konon2 sambil ikut abah izzul kerja


Flight pukul 4 lagi.. pukul 230 dah ada dekat airport.. fuh mmg mencabar sebab seat penuh.. tunggu last call baru dapat tiket.. 

ok update sfo nanti laa ehh... 


Friday, March 2, 2018

Kisah Izzul Emir: Main Olok Olok

Izzul dan Emir tengah berimaginasi bermain olok olok. Kalau zaman ibu dulu main pondok, masak masak dan kawin kawin. Izzul dan emir main tido dalam aeroplane.. 

“Cepat tido adik.. aeroplane nak fly”.. izzul cakap dekat adik..

“Ibu nak oren” adik pulak order.. ibu pon pura pura bagi air... 

cakap dekat abah.. hai anak anak.. masa ibu kecil dulu tak ada imaginasi pon naik aeroplane makan minum tido mcm korg.. alhamdulillah rezeki izzul dan emir umur dekat boleh main bersama sama. 

Wednesday, February 28, 2018

Izzul Emir Jalan Jepun Part 2

Sambung sebab page tadi dah penuh... ibu suka tulis sebab nanti ibu baca balik boleh ingat balik kenangan lepas hehe..

Kami makan dekat Udon Kansai Airport.. sedap.. paling sedap kami makan sepanjang berada di Jepun


Ada nampak ibu happy? Tak... jantung ibu dup dap dup dap sebab takut tak dapat tiket balik. Sebab dah check flight full.. tapi debar pon ibu boleh habiskan semua makanan ibu.. kih3.. 


Alhamdulillah lega sebab dapat tiket.. inilah reality kalau standby tiket.. kami balik flight 1st untuk hari ini. Kalau xdapat ada lagi 2 flight. Tapu check semua penuh juga. Mungkin hari ini last dat cuti sekolah. 


Seriously ibu happy gila anak anak ambil gambar ibu nampak kurus. Abah boleh pencen ambik gambar ibu. Tapi bolat abah tak dapat cover. Ok ibu tak masak sedap sedap dah. 


Alhamdulillah... balik dapat seat.. abah cakap terpaksa cancel euro trip bulan April ni. Sebab trip Osaka fail. Mental abah dah breakdown.. abah tak berani nak bawa kami ke London.. tak ada rezeki ibu nak pergi London.. tunggu anak anak besar sikit.. insyaallah 

Izzul Emir Jalan Osaka dan Kyoto Jepun

Omg omg.... this is unsuccessful trip 😭😭😭.. oh kali ini fail travel bersama anak anak.. sebab tak cukup persediaan dan planning masa tak kena... 

Travel last minit baru confirm nak pergi.. abah tak sempat study sebab bz kerja.. ibu study tapi ke laut plak.. ya laa kan ibu xpandai mcm abah... spm pon cukup makan masuk matrix tak mcm abag A1 semua.. sekali baca dah paham... eh apa ibu melalut ni...

First flight dari Hong Kong pukul 2.50 pagi.. anak2 tak tido..tapi hk ke kansai 2jam 50 minit ja.. sampai2 izzul dan emir dah start tantrum sebab tak cukup tido. Flight pula full sebab kapal 320.. tak ada business class.. mcm Airasia semua economy class.. dapat pula seat belakang sekali.. ibu satu row dengan anak2 yg tido atas riba ibu dua dua.. sakit pinggang ibu.. 🤣🤣🤣 


Ini sebelum ibu tukar tempat dengan abah.. ibu duduk tengah2 antara izzul dan emir.. 


Sampai Kansai Airport makan dekat udon.. sedap juga.. best semua halal boleh makan.. izzul dan emir pon suka makan udon..


Nak naik train ke Kyoto.. pening juga train dia.. ambik masa lama juga nak faham.. dah nak balik Hk baru faham sikit train dia. Tak mcm korea dan hong kong.. train senang.. jepun ni complicated.. bila abah study terang kat ibu baru paham.. itu pon lepas 4 hari abah ambik masa nak faham 🤣🤣🤣.. 


Sampai Kyoto pukul 10 pagi terus ke Inari.. sebab nak check in rumah airbnb pukul 3. Lambat lagi.. semua orang emosi dah tak stabil.. penat.. ibu tak tido lebih 36 jam sebab dr semalam tak tido.. dalam flight tak tido. Abah pula dari Auckland.. masa ni masing masing dah ting tong emo bagai.. 

Ramainya org China dekat sini. Nak naik Inari tiang oren ni kena panjat tangga.. stroller xleh naik.. anak anak dah kepenatan..dah mula bergaduh dan nak minta dukung..


Emir ambik gambar ibu dan abah... kesian abah tak nampak kepala..


Emir dah penat tak larat berjalan.. minta ibu dukung... adoiii bergegar lutut nak turun tangga ni..

Selepas Inari izzu dan start tantrum.. mula mula nak makanan bentuk ball.. ibu tak beli sabab xtahu kandungan makanan tu.. dia mengamuk menangis teruk.. dapat pujuk makan jagung.. dah habis jagung tiba2 nak aiskrim.. masa tu dah nak masuk train dah.. trantrum teruk sangat sampai bila train berhenti kami keluar.. abah dah tak boleh control izzul.. abah pon nak meletop dah... menggigil dah abah sebab penat lapar pening kepala semua ada.. 

ibu pon rasa nak menangis.. izzul xpernah tantrum teruk mcm ni.. dah tak boleh pujuk.. dia nk menjerit this way..  nak aiskrim.. dia nak patah balik ke station sebelum ni.. ibu peluk kuat kuat.. air mata tu pon nangis jugak.. lama lama dia lemah.. duduk dalam stroller.. dia minta susu.. tak sempat ibu buat susu dah tido.. penat sangat tu.. sampai izzul pon tak dapat control diri.. 


Anak anak dah tido.. pergi makan dekat Ayam Ya Halal Ramen.. dalam jejak jepun jihan cakap ayam goreng sini menang award 5 tahun berturut turut:. Tapi ibu xdapat rasa sebab dah habis.. 

Lepas makan kami pergi check in dekat airbnb..ralat juga ambik airbnb sebab kami 4 saja.. terletak di tengah tengah gion town.. bandar geisha.. ramai tourist pakai baju kimono berjalan jalan area sini dan ada naik kereta beroda.. ibu xsempat ambik gambar sebab dah tak ada mood.. 

Kami makan malan dekat kedai sebelah Halal Yakiniki.. ibu excited nak makan kedai Halal Yakiniki sebab tengok blog cakap daging wagyu bagai.. tapi kami dah masuk tgk bukan pon.. past tu masak grill ala ala seoul garden.. sikit gila.. memang tak kenyang.. dah la waiter sorg ja.. kami keluar makan kedai sebelah.. 

makan ramen halal... ok macam makan megi saja.. lepas ni kalau nak travel jepun baik bawa megi lagi sedap.. sebelum balik tapau roti dan buah dekat kedai serbaneka.. 


Second dah masing masing dah boleh senyum.. rasa semalam yang sangat panjang.. 



Bergambar depan rumah airbnb.. mahal juga harga 400 ringgit lebih semalam.. location tak ada tiptop sangat.. sebab tergesa gesa booking.. study tak habis mcm tu lah... 


 Second day kami hanya jalan Nikeshi Market sahaja.. plan asal nak pergi Arashiyama dan bamboo village tapi ibu cancel.. sebab lebih 2 jam travel.. dengan keadaan anak anak tantrum semalam tak habis trauma lagi.. kami jalan jalan saja... sedih juga tak dapat pergi bomboo village sebab itu main attraction dekat Kyoto..


Kami lunch dekat Al Baraka.. katanya Morocco Cuisine.. salah plak pilih kedai ni. Menu xada nasi dan tak apa apa menu.. mahal plak tu.. 300 ringgit.. lepas tu kedai mcm high class konon kejap kejap tengok bdk2 ni bising.. abah izzul dah stresa dah.. mcm polis pula katanya.. kejap dtg meja.. past tu bebel pasal menu dia punya kat 10 minit.. 


Makan salad jerr weiii.. roti bun sebiji bahagi dua.. satu cup dari daging 3 ketul campur sayur.. satu lagi mcm kanji.. memang tak kenyang.. hahaha.... 

Malam kami pergi Kyoto Tower... kami jalan kami dari rumah ke sini sebab malas nak naik train.. 2km berjalan ambil masa 30 minit.. 



Kami dinner dekat Kyoto Tower makan sushi.. nasin baik kami anak beranak suka sushi.. berlawan susun pinggan ibu dan abah.. 🤣🤣🤣


Hari ke tiga kami bergerak balik ke Osaka naik Shinkansen.. 14 minit saja perjalanan. Laju gila.. ini antara wishlist ibu nak dtg Jepun. Nak rasa pengalaman naik Shinkansen.. tapi pening.. sebab laju sangat 🤣🤣🤣.. 




Emir ambik gambar ibu

Izzul ambik gambar ibu dan abah.. ibu jinjat kami konon nak nampak tinggi la.. hahaha

Lepas check in di Hotel Shin Imamiya.. kami jalan jalan Namba.. banyak shopping streets sini... ramai jumpa jumpa orang Malaysia.. 


Makan makan kedai mcm dalam cerita Jepun.. ada untuk family ramai ada pintu.. 

Kami makan king crab dan sushi... tq abah tunaikan wishlist ibu makan king crab.. makan laa ada mcm2 jenis king crab.. balik Hk ibu kena lagi rajin sebab abah sentiasa tunaikan wishlist ibu.. 😭😭😭 terharu.. 


Sebelum check out bergambar depan Hotel Shin Imamiya.. booking hotel ni sebab dapat suggestion dari group Road To Japan. Lokasi tiptop.. harga murah untuk budget hotel. Bilik kecil tapi selesa untuk kami 4 beranak. 

Sambung part 2... sebab tak boleh upload gambar dah..