Friday, August 11, 2017

Izzul Masuk Taska

Dekat sini wajib 3 tahun masuk taska. Siap kena interview bagai. Alhamdulillah izzul dpt masuk taska paling dekat dengan rumah. Turun bawah rumah lintas jalan depan market  place ja. 

 

Hari pertama satu jam saja. Parents boleh teman. Cikgu cakap adik nampak lebih excited.  Hehe.. 


Lepas habis kelas kami breakfast dekat Pacific coffee. Favourite izzul sandwich tuna. 




Second day.. ibu dah tak boleh teman..


Hari ini weekend ibu lega tak perlu pergi sekolah. Boleh bermalasan di rumah. Semalam selepas hantar izzul, ibu tak boleh tunggu. Masa ambil izzul, dia senyum gembira sangat. Ceria mukanya. Hati ibu lega sangat. Pelbagai kerisauan yg membebankan ibu selama ini hilang. 

Ibu bertanya guru kelas izzul, izzul ok awalnya dia menangis sikit. Cikgu buka bag ada toys "ultraman" . Cikgu bagi izzul terus diam. 


Ibu beritahu cikgu, izzul masih lagi dalam potty training. Dekat rumah izzul dah boleh buang air sendiri. Tapi ibu pakaikan juga pampers masa pergi sekolah. Sebab izzul xpernah keluar rumah free pampers lagi. 


Cikgu cakap ok. Dalam masa 2 minggu cikgu akan ajar masuk toilet setiap setengah jam. Lega hati ibu... ibu rasa tenang sikit hari ini. Kalau tak ibu rungsing fikir macam2.


Izzul belum 3 tahun lagi dah kena sekolah. Cakap pon belum lancar. Cikgu cakap dalam kelas ada 2 cikgu pada satu masa. Satu cantonese satu english. Masa cikgu english ajar, cikgu cantonese akan terangkan kepada student dalam cantonese apa yg tak faham. Mcm izzul cikgu english akan sentiasa bantu dia untuk faham. 


Pengalaman anak masuk taska. Tapi nervous tu dah sama level dengan abah kena interview plak. Semoga lepas ni hilang lagi satu tekanan. Semoga selepas ini kembali normal... 

0 comments:

Post a Comment